GBP/JPY Terus ‘Terbang’ Untuk Minggu Ke-3 Berturut-Turut!

178

Kenaikan yang diteruskan pada carta pasangan mata wang GBP/JPY menunjukkan harga berjaya mengekalkan corak bullish untuk 3 minggu berturut-turut.

Walaupun Pound berisiko untuk menyusut, namun ia berjaya pertahankan kedudukan berbanding Yen yang mengalami penyusutan semula selepas fenomena lonjakan harga di penghujung April lalu.

Sehingga kini pihak Jepun kekal berdiam diri tanpa mengulas berkenaan langkah campur tangan dalam pasaran yang dipercayai telah dilakukan.

Pound berjaya kekalkan momentum pengukuhan walaupun berdepan risiko kejatuhan susulan bank pusat England (BOE) telah mula memberi isyarat untuk persediaan beralih kepada pelonggaran dasar monetari.

Lebih menarik pergerakan harga yang berlaku pada carta GBP/JPY apabila kenaikan berterusan dilihat semakin menghampiri paras tertinggi yang dicapai sebelum ini, iaitu tertinggi sejak 2008.

Rekod tersebut dicapai pada penghujung April lalu dengan ketinggian sekitar paras 200.500 sebelum harga kemudiannya menjunam ketara disebabkan pengukuhan Yen secara tiba-tiba.

Pembukaan awal minggu di sesi pertama semalam menyaksikan harga bermula di paras 197.500 dan meneruskan corak kenaikan sehingga ke sesi-sesi berikutnya.

Setakat awal sesi Eropah petang ini, harga berada di sekitar paras 198.900 dengan mengekalkan pergerakan bullish di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/JPY itu.

Sasaran untuk kenaikan berterusan harga adalah menuju zon 200.00 sebelum bakal mencabar rekod tertinggi April lalu.

Namun jika harga mula menunjukkan tanda-tanda untuk perubahan trend, pelabur akan berwaspada dengan menilai zon-zon tumpuan bakal dituju harga.

Penurunan awal dilihat akan menuju sekitar 197.00 yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) yang terhampir.

Setelah isyarat trend bearish lebih jelas, harga bakal susut ke paras-paras lebih rendah yang menjadi tumpuan sebelum ini seperti sekitar 195.200 atau 193.500.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat