GBP Melonjak ke Paras Tertinggi dalam Sesi Eropah!

63

US Dollar jatuh ke paras terendah berbanding sekumpulan matawang utama yang lain apabila pelabur menjangkakan tempoh yang lebih perlahan terhadap kenaikan kadar.

Tekanan ini terus mengganggu sesi dagangan US Dollar apabila US Dollar Index menunjukkan penyusutan sebanyak 0.2 peratus kepada 99.94, paras yang paling rendah sejak 6 Februari.

Fed menaikkan kadar faedah kepada 1.00 peratus minggu lepas namun masih meletakkan unjuran yang sama sebanyak 2 kali kenaikan pada tahun ini.

Justeru, kebanyakan pelabur kekal mengambil pendekatan berhati-hati menjelang komen daripada beberapa orang pegawai Fed, termasuklah Pengerusi Fed, Janet Yellen yang dijadual berucap pada Khamis.

US Dollar didagang pada paras stabil dalam tempoh dua minggu berbanding Yen dengan USD/JPY dinilai pada 112.74.

USD/JPY, 30 minit

Namu begitu, pair ini kekal berada pada dagangan thin trading kerana pasaran Jepun ditutup untuk bercuti.

Sementara itu, Euro ditolak lebih tinggi dengan EUR/USD meningkat 0.27 peratus kepada 1.0766, tidak jauh dari paras yang tertinggi dicatat pada Jumaat.

EUR/USD, 30 minit

Dalam masa yang sama, pelabur terus memantau perkembangan politik menjelang pilihan raya yang akan datang.

Dalam sesi ini juga, matawang Sterling mencecah paras tertinggi dalam tempoh tiga minggu dengan GBP/USD melonjak sebanyak 0.19 peratus kepada 1.2419.

GBP/USD, 30 minit

Pound dirangsang oleh kenyataan agresif dari Bank of England baru-baru ini yang meletakkan prospek inflasi pada jangkaan 2 peratus.

Jepun Tidak Ingin Ketinggalan Untuk Membentuk Kerjasama Perdagangan Yang Baru

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat