GBP Menjunam Sebentar Tadi? Ini Sebab yang Anda Perlu Tahu

1,992

Matawang GBP menjunam berbanding beberapa matawang utama yang lain sejak sejam yang lepas dengan pasangan matawang GBP/USD jatuh sehingga lebih dari 100 pip. Pair GBP/JPY dan GBP/AUD masing-masing merekodkan kejatuhan sehingga 100 pip dan 120 pip.

Berita terbaru yang diterima menunjukkan Menteri Luar UK, Boris Johnson turut meletakkan jawatan pada Isnin. Perletakan jawatan beliau berlaku selepas Menteri Brexit David Davis terlebih dahulu meletak jawatan pada awal hari Isnin.

Kenapa GBP jatuh dengan perletakan jawatan ini?

Selepas Davis, kini perletakan jawatan Boris Johnson akan menjadi cabaran kepada kepimpinan Perdana Menteri Theresa May yang mana akan mengganggu rundingan Brexit.

Walaupun Davis pada mulanya telah meletak jawatan, namun GBP masih kekal kukuh sehingga pukul 8 malam tadi dengan Theresa May telah mengumumkan pengganti Davis selepas beberapa jam perletakan jawatan beliau.

Namun, GBP gagal mempertahankan kedudukan apabila Boris pula meletakkan jawatan sebagai Menteri Luar UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat