GBP Semakin Tertekan Dengan Data Inflasi U.K. Meleset Dari Jangkaan

402

Matawang GBP meneruskan kejatuhan selepas membuat junaman pada Selasa. Kali ini, data ekonomi inflasi pula yang memberi tekanan kepada matawang Sterling dalam data yang dikeluarkan pukul 4.30 petang tadi.

Inflasi di United Kingdom meningkat pada kadar perlahan untuk bulan Jun yang menambah dilema kepada Bank of England (BoE) untuk menaikkan kadar faedahnya bulan hadapan.

Pejabat Statistik UK melaporkan peningkatan inflasi tahunan 2.40% sejajar dengan bacaan sebelum ini, tetapi meleset daripada jangkaan pasaran 2.60%.

Dalam perkembangan sama, data inflasi teras (Core-CPI) meningkat 1.90% secara tahunan tetapi semakin perlahan berbanding bacaan yang dicatatkan sebelum ini 2.10%. Ia juga meleset daripada jangkaan pasaran 2.20%.

Bacaan inflasi yang mengecewakan ini dikeluarkan selepas data pekerjaan pada Selasa juga kurang memberangsangkan.

Kini pasangan matawang yang melibatkan Sterling dilihat meneruskan penurunan dengan GBP/USD jatuh sehingga 90 pip, GBP/JPY jatuh 92 pip, manakala GBP/AUD jatuh sebanyak 100 pip.

Dengan data pekerjaan dan inflasi yang meleset daripada jangkaan, potensi kenaikan kadar faedah bank pusat pada Julai semakin berkurangan. Hal ini rasional, kerana kedua-dua data tersebut adalah data ekonomi tumpuan BoE dalam menggubal dasar monetari.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat