GBP/USD Berehat Seketika Selepas Terjunan 100 Pips Awal Minggu!

151

Corak penurunan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD tidak diteruskan pada Selasa semalam, sebaliknya harga pulih sedikit membuat kenaikan.

Jika dilihat pada Isnin lalu, harga buat terjunan harian sekitar 100 pips mencecah paras 1.25400 untuk catatkan paras terendah bagi tempoh dagangan 7 minggu.

Namun harga paparkan kenaikan semula sekitar 40 pips semalam ketika berlaku perubahan pada kekuatan mata wang US dolar.

US dolar yang mengukuh di awal minggu kembali bergerak lemah semula susulan pasaran memberi reaksi kepada data-data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Tumpuan pada hari ini akan terarah kepada laporan pekerjaan ADP yang mengukur sektor pekerjaan swasta AS di mana akan memberi petunjuk awal kepada laporan pekerjaan NFP di penghujung minggu nanti.

Reaksi terhadap data tersebut dijangka akan memacu pergerakan US dolar sekaligus menjadi penentu arah pergerakan harga selanjutnya pada carta GBP/USD.

Pergerakan harga perlahan di sesi Asia pagi ini (Rabu) di sekitar 1.25800 yang menguji garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Walaupun papar peningkatan, harga dilihat masih bergerak pada trend bearish dengan kecenderungan untuk penurunan masih boleh berlaku.

Jika penurunan diteruskan, paras dicecah awal minggu berkemungkinan akan dilepasi sebelum harga tuju zon 1.25000 untuk menguji support tersebut.

Penurunan lebih rendah boleh diteruskan jika zon tersebut ditembusi dan harga akan terus mencatatkan paras terendah terbaru lagi minggu ini.

Namun jika berlaku kenaikan semula, paras 1.26000 dilihat akan diuji sebagai rintangan awal buat harga sebelum memberi isyarat bullish yang lebih jelas.

Kenaikan lebih tinggi harga jika diteruskan akan mensasarkan untuk capai paras tumpuan pada 1.27000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat