GBP/USD Berlegar Di $1.2700, Tunggu Masa Untuk ‘Meletop’!

363

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih kekal berlegar di zon 1.27000 sehingga ke pembukaan dagangan awal minggu ini.

Semalam, harga ditekan jatuh lebih rendah mencecah sekitar 1.26630 ketika US dolar berjaya paparkan pengukuhan.

Namun, harga kembali melantun semula di atas 1.27000 pada penutupan sesi New York dan pergerakan harga perlahan di atas paras itu menyambung dagangan sesi Asia pagi ini (Selasa).

Pelabur masih perlu berwaspada untuk dagangan selepas ini berikutan data-data berimpak tinggi yang akan diterbitkan sehingga ke penghujung minggu.

Selain mesyuarat FOMC, bank of England (BOE) juga akan melangsungkan mesyuarat polisi mereka pada Khamis.

Kedua-dua bank pusat BOE dan Federal Reserve (Fed) dijangka akan mengekalkan kadar faedah masing-masing, namun apa yang akan mencetus reaksi ketara dalam pasaran adalah ucapan susulan oleh Pengerusi dan Gabenor untuk petunjuk hala tuju dasar monetari mereka.

Pergerakan drastik harga boleh mencapai sehingga julat 100 ke 200 pips dalam tempoh waktu yang singkat.

Untuk jangkaan bagi penurunan harga di bawah paras 1.27000, jangkaan untuk paras sasaran terhampir adalah pada support 1.26000.

Paras tersebut yang telah dicecah pada pertengahan Januari lalu berkemungkinan akan diuji sekali lagi jika corak penurunan harga dipaparkan.

Sebaliknya jika harga melonjak tinggi dari paras 1.27000, zon 1.28000 menjadi sasaran selepas harga juga berjaya mengatasi ketinggian pada dagangan beberapa minggu kebelakangan ini.

Seterusnya, barulah sasaran akan beralih lebih tinggi pada 1.29000 dengan corak pergerakan bullish lebih kukuh berjaya diperlihatkan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat