Perubahan corak harga dikenalpasti pada carta pasangan mata wang GBP/USD setelah impak keputusan mesyuarat FOMC awal pagi ini yang menyaksikan penyusutan ketara berlaku ke atas mata wang US dolar.
Harga telah melonjak sekitar 130 pips selepas mesyuarat tersebut dan meneruskan lagi kenaikan pada dagangan yang bersambung di sesi Asia pagi ini (Khamis).
Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 5.50% dan Pengerusi Jerome Powell mengulas berkenaan dasar monetari yang dinilai penganalisis sebagai bernada dovish.
US dolar ketara menyusut susulan pasaran melihat Fed semakin menghampiri penghujung pengetatan dasar monetari dan dijangka bakal beralih ke arah fasa pelonggaran pula.
Tumpuan akan terarah pula kepada keputusan mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pada jam 8 malam nanti dengan jangkaan kadar faedah turut akan dikekalkan di paras 5.25%.
Pergerakan harga pada carta GBP/USD dilihat masih lagi dalam momentum bullish setelah lonjakan harga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.
Pada mulanya penurunan harga diperlihatkan di sesi Asia dan Eropah semalam hingga menyentuh paras 1.25000 yang menjadi sokongan semasa buat harga.
Namun harga kemudiannya melonjak berikutan reaksi FOMC itu hingga menembusi paras rintangan pada 1.26000.
Ketinggian dicapai sekitar 1.26300 sebelum sesi New York berakhir. Ketinggian tersebut diatasi di sesi Asia dengan kenaikan perlahan harga dipamerkan.
Kenaikan harga dijangka akan diteruskan menuju sasaran 1.27000 untuk harga menguji zon rintangan tersebut.
Jika berjaya ditembusi, harga berpotensi untuk catatkan paras ketinggian terbaru ke sekitar 1.28000 pula.
Sementara, jika harga bergerak susut semula di bawah paras 1.26000, ini akan petanda kenaikan harga berkemungkinan sukar diteruskan.
Penurunan harga boleh berlaku semula untuk harga menghampiri semula paras sokongan 1.25000 yang telah disentuh sebelum ini.
Malah penurunan lebih rendah akan berlaku jika harga tembus paras tersebut dan menyambung pergerakan bearish semula.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG