GBP/USD Catat Paras Terendah Terbaru Lagi Pada Pembukaan Awal Minggu

194

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih lagi mengekalkan momentum penyusutan sepanjang minggu sehingga ke sesi terakhir ketika data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan pelabur.

Pertambahan pekerjaan AS pada bulan Ogos menyaksikan peningkatan kepada 315,000 berbanding jangkaan 295,000, namun gagal untuk mengatasi bacaan data pada Julai yang melonjak kepada 526,000.

Sementara itu, purata pendapatan per jam di AS menyusut lebih rendah kepada paras 0.3% berbanding jangkaan menurun kepada 0.4%, manakala kadar pengangguran dilaporkan meningkat kepada 3.7% berbanding jangkaan untuk kekal di paras 3.5%.

Menilai pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada penutup sesi dagangan akhir minggu lepas, harga dilihat masih lagi mengekalkan pergerakan trend bearish yang bergerak paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Peningkatan pada Jumaat lalu dilihat menguji paras halangan tersebut namun gagal untuk melepasinya sebelum menutup dagangan penghujung minggu di sekitar 1.15000.

Terdapat sedikit jarak (gap) perbezaan pada pembukaan harga di awal minggu ini pada sesi Asia sekitar 1.14700 dan harga berlegar perlahan di sekitar tersebut sehingga menuju pembukaan sesi Eropah.

Sekiranya penurunan harga berjaya di teruskan lagi di awal mimggu ini, harga dilihat bakal menguji paras sokongan 1.14000 yang merupakan paras terendah yang diuji pada dagangan Mac 2020 yang lalu.

Penurunan yang menembusi paras tersebut mendorong penganalisis mengubah sasaran terbaru sehingga ke paras 1.05000, yang menjadikan paras terendah terbaru sejak Februari 1985.

Namun sebaliknya jika berlaku lonjakan semula harga dan melepasi paras halangan MA50, isyarat perubahan trend bullish akan dinilai sebelum harga dijangka akan menguji paras rintangan pada 1.16000.

Kenaikan harga yang diteruskan bakal mensasarkan pula pada zon rintangan 1.18000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 2 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat