GBP/USD Dah ‘Pancit’ Ke Nak Sambung Mendaki Lagi?

162

Cuba untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi atasi ketinggian dicapai minggu lalu, namun harga susut semula membuat penurunan.

Itu situasi yang berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam apabila kenaikan yang diteruskan di sesi Eropah menyaksikan harga berundur semula di sesi Eropah apabila US dolar sedikit mengukuh kembali.

Sentimen pasaran yang bercampur-campur menyukarkan pelabur melihat arah yang lebih jelas, lebih-lebih lagi dagangan yang semakin menuju penghujung Mac dan juga penutup bagi suku pertama 2023 ini.

Data pertumbuhaan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan menjadi tumpuan diterbitkan di sesi New York sebentar lagi dan boleh memacu pergerakan bagi mata wang US dolar.

Meneliti carta GBP/USD, kenaikan harga ke paras ketinggian terbaru semalam telah mencapai 1.23600 sebelum susut semula dan mendatar di atas paras 1.23000 sehingga ke penghujung sesi New York.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Khamis), harga masih perlahan di paras 1.23000 namun pergerakan harga yang telah berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam pada carta GBP/USD mula memberi isyarat bearish.

Jika penurunan harga diteruskan di bawah paras 1.23000, harga dilihat bakal mencecah semula ke paras 1.22000 untuk menguji zon RBS (resistance become support) tersebut.

Reaksi menarik harga akan diperhatikan bagi menentukan petunjuk pergerakan harga selanjutnya.

Sementara, jika harga masih berjaya meneruskan kembali kenaikan, melantun dari paras 1.23000 ketika ini, ketinggian dicapai semalam bakal diatasi.

Harga akan catatkan paras ketinggian terbaru 8 minggu menuju sasaran pada 1.24000.

Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat