GBP/USD Junam 140 Pips Sebelum Lonjak Semula Atas $1.2700

263

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pamerkan terjunan harian hingga 140 pips di sesi Eropah semalam.

Ini disebabkan oleh terbitan data PMI pembuatan perkhidmatan di UK yang menyusuli bacaan suram sebelumnya di zon Eropah.

Aktiviti perkhidmatan di UK catatkan pengembangan yang paling perlahan dalam tempoh 6 bulan sementara pembuatan pula terus alami penurunan angka yang merosot, menandakan penguncupan sektor itu untuk 13 bulan berturut-turut.

Disebabkan itu, harga dilihat telah menjunam dari paras 1.27600 hingga hampir menyentuh paras 1.26000.

Namun seperti yang dijangka penganalisis, berlaku reaksi harga pada zon support 1.26000 tersebut apabila harga yang mencecah 1.26200 kembali melonjak semula lebih 100 pips di atas paras 1.27000 semula.

Situasi itu pula disebabkan reaksi terhadap data yang sama diterbitkan untuk Amerika Syarikat (AS) dengan kedua-dua bacaan untuk sektor pembuatan dan perkhidmatan turut alami kemerosotan untuk bulan Ogos.

Justeru, US dolar pula yang ketara melemah di sesi New York telah mengangkat semula harga naik sebelum harga mendatar dan menutup dagangan penghujung sesi di sekitar 1.27200.

Menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Khamis), harga berlegar perlahan di atas zon 1.27000, namun kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Sekiranya kenaikan berjaya diteruskan melepasi halangan MA50, akan menjadi isyarat untuk pergerakan bullish harga semula untuk zon 1.28000 menanti untuk kembali diuji lagi.

Jika harga akhirnya berjaya menembusi tembok rintangan tersebut, barulah kenaikan ke paras lebih tinggi terbaru akan disaksikan dengan ssaaran untuk harga menuju 1.29000.

Sebaliknya jika harga menjunam semula pada dagangan penghujung minggu ini, susut di bawah 1.27000 akan menjangkakan harga untuk turun menguji lagi zon support 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat