GBP/USD Kekal ‘Bullish’ Selepas Lepasi Rintangan $1.2700

226

Corak pergerakan menaik harga nampaknya masih berjaya dikekalkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam didorong oleh faktor penyusutan US dolar yang berterusan.

Selain beberapa data ekonomi diberi perhatian semalam termasuk pekerjaan ADP, tumpuan pasaran turut terarah kepada testimoni Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di sesi New York semalam.

Dalam ucapannya di Washington DC, Powell menjelaskan bahawa Fed berada pada landasan untuk langkah pemotongan kadar faedahnya pada tahun ini.

Walaupun tidak memberi isyarat jelas berkenaan waktu pemotongan kadar faedah dilaksanakan, namun itu cukup untuk memberi kesan penyusutan ketara kepada US dolar.

Justeru, Pound kekal memanfaatkan situasi ini untuk teruskan peningkatan nilainya sejak awal minggu.

Pada carta GBP/USD, harga yang telah melepasi melepasi rintangan 1.27000 menepati jangkaan penganalisis untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Kenaikan yang diteruskan sehingga ke sesi New York semalam mencapai ketinggian terbaru 5 minggu sekitar 1.27600 sebelum berundur sedikit untuk menutup dagangan sesi itu pada sekitar 1.27300.

Pergerakan harga kekal dengan corak bullish yang berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.

Jika kenaikan harga diteruskan lagi selepas ini, mengatasi paras dicapai semalam akan menjangkakan harga untuk menuju sasaran baru pada ketinggian sekitar 1.28000.

Namun waspada untuk perubahan arah jika semula jika situasi pasaran berubah menuju dagangan penghujung minggu yang semakin bergelora.

Jika penurunan berlaku, harga dijangka akan menguji zon tumpuan 1.27000 semula dan akan memberi isyarat bearish untuk harga jika tembus ke bawah.

Penurunan lebih rendah boleh dijangkakan untuk menuju sehingga support minggu lalu pada 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat