GBP/USD Kekal Mendatar Di Zon Terendah Harga 37 Tahun

169

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD kekal mendatar ketika memulakan dagangan awal minggu ini dengan mata wang US dolar masih mencari-cari arah yang jelas dalam pasaran.

Manakala Pound pula kekal bergerak suram dipacu pergerakan US dolar sementara pelabur menantikan keputusan mesyuarat bank pusat untuk kedua-dua mata wang tersebut.

Federal Reserve (Fed) dijangka akan menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas untuk mesyuarat kali ketiga berturut-turut ke paras 3.25%, pada awal pagi Khamis ini.

Dan pada hari yang sama, di sesi Eropah, tumpuan akan terarah pada keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) dengan jangkaan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 2.25%.

Memerhatikan pergerakan harga di carta GBP/USD pada Isnin semalam, penurunan harga dimulakan pada sesi Asia, namun harga melantun semula selepas mencecah zon 1.13500 yang dicecah harga minggu lalu.

Zon 1.13500 yang dicecah harga pada Jumaat lalu merupakan rekod terendah harga sejak tahun 1985 selepas penurunan awalnya melepasi zon 1.14500.

Pada sesi New York semalam, harga telah dilihat melantun semula sehingga kembali berlegar di zon 1.14500 yang menjadi zon rintangan terbaru buat harga bersambung pada dagangan sesi Asia pagi Selasa ini.

Peningkatan awal harga di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD memberi indikasi awal bagi permulaan trend bearish harga.

Sekiranya harga berjaya meneruskan kenaikan lebih jelas melepasi rintangan 1.14500, berkemungkinan harga akan mensasarkan menuju rintangan pada zon 1.16000-1.16500.

Melepasi zon tersebut seterusnya akan mencapai kembali paras ketinggian dicatatkan minggu lalu sebelum zon rintangan pada 1.18000 akan menjadi tumpuan selanjutnya.

Namun jika harga kekal gagal untuk melepasi paras 1.14500, penurunan harga boleh berlaku semula, namun adakah zon 1.13500 terus berjaya untuk melantunkan harga?

Jika harga terus alami penyusutan lebih rendah, sasaran adalah untuk menuju sehingga sekitar 1.13000 atau 1.12000 sekaligus mencatatkan paras terendah terbaru 37 tahun.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat