GBP/USD Kembali Mendaki, Dari $1.2000 Kini Menuju Ke $1.2200

152

Mata wang Pound kembali pulih semula dari tekanan pengukuhan US dolar pada dagangan Khamis semalam berikutan sentimen pasaran diredakan dengan laporan 11 bank-bank gergasi Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bantuan $30 bilion deposit kepada First Republic Bank.

Momentum US dolar yang mengukuh sebelum ini mula mengendur semula, bergerak lebih suram semalam memberi ruang untuk Pound kembali meningkat semula.

Risiko semakin meningkat pada dagangan penghujung minggu dengan pelbagai faktor yang boleh mengaburi arah lebih jelas untuk pergerakan harga.

Pada carta harga pasangan GBP/USD, harga yang telah menjunam ke zon 1.2000 dilihat kembali melantun semula semalam dan berjaya menutup dagangan penghujung sesi New York di atas paras 1.21000.

Menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini (Jumaat), harga dilihat masih meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Isyarat bullish harga juga dinilai selepas harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Kenaikan harga jika diteruskan dilihat akan menuju semula ke zon rintangan 1.22000 yang sebelum ini dicapai dan diuji di awal minggu namun masih belum berjaya ditembusi.

Sekiranya harga berjaya naik lebih tinggi melepasi zon tersebut, sasaran terbaru akan berada pada sekitar 1.23000 pula untuk dicapai harga.

Sebaliknya, jika harga kembali menjunam di bawah paras 1.21000 dan melepasi sokongan MA50, isyarat bearish tersebut akan mendorong harga kembali menuju zon tumpuan 1.20000.

Jika tembusi lebih rendah, harga dijangka akan mencecah ke sekitar 1.19000 untuk memberi reaksi petunjuk pergerakan selanjutnya.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat