GBP/USD Lonjak Ke Zon Penting $1.2600, CPI AS Jadi Penentuan

145

Pound masih memanfaatkan situasi penyusutan US dolar yang berterusan dengan mempamerkan kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD.

US dolar gagal untuk mengekalkan momentum pengukuhan yang hanya dipaparkan seketika selepas data inflasi pengeluar (PPI) Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka yang lebih tinggi dari ramalan.

US dolar terus bergerak lemah sehingga ke penghujung sesi New York sementara pelabur memberi tumpuan terhadap kenyataan yang disampaikan oleh Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang dilihat kekal hawkish terhadap dasar monetari.

Laporan pekerjaan UK diterbitkan positif pada sesi Eropah semalam, namun tidak begitu memberi sokongan untuk pengukuhan Pound, sebaliknya Pound meningkat ketika US dolar yang alami penyusutan.

Dapat diperhatikan penurunan awal berlaku pada carta GBP/USD mencecah paras 1.25100 sebelum lantunan harga ke paras ketinggian terbaru mengatasi hari sebelumnya.

Mencapai sekitar paras 1.25900 di sesi New York, harga dilihat meneruskan peningkatan perlahan di sesi Asia pagi ini (Rabu) menyentuh paras 1.26000 untun harga menguji zon rintangan tersebut.

Trend kekal bullish dengan pergerakan harga masih berada di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Kenaikan lebih tinggi akan dijangkakan selepas rintangan 1.26000 berjaya diatasi sebelum seterusnya akan cuba untuk mencabar ketinggian terdahulu pada 1.26300.

Kemudiannya harga akan mensasarkan kenaikan lebih tinggi menuju sasaran 1.27000.

Namun, jika rintangan 1.26000 gagal harga lepasi dan menunjukkan pengunduran semula, ada risiko untuk kejatuhan harga berlaku selepas ini.

Penurunan harga boleh dijangkakan untuk mencecah semula zon support pada 1.25000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat