GBP/USD Lonjak Menguji Rintangan $1.2500 Sebelum Berundur

116

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada minggu lalu turut menyaksikan lonjakan ke paras tertinggi terbaru 3 minggu.

Lonjakan diperhatikan pada sesi terakhir minggu lalu ketika laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan bacaan yang merosot.

Pertambahan pekerjaan pada April rendah, purata pendapatan menurun sementara kadar pengangguran pula kembali catatkan peningkatan.

Ini telah mencetuskan penyusutan nilai buat US dolar berikutan jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) beralih ke arah pelonggaran dasar kembali meningkat semula.

Ini adalah bertentangan dengan keputusan mesyuarat FOMC yang berakhir sebelum itu apabila Fed dan pengerusi Jerome Powell bernada hawkish terhadap dasar monetari, namun US dolar dilihat gagal mengukuh.

Meneliti carta GBP/USD, harga yang berlegar di zon 1.25000 kemudiannya telah melonjak melepasi paras sasaran 1.26000 di penghujung minggu.

Mencapai ketinggian terbaru sekitar 1.26300, harga berundur turun semula ke paras sekitar 1.25300 sebelum perlahan dan menutup dagangan sesi terakhir itu di sekitarnya.

Harga mendatar di sekitar paras 1.25500 pada sesi Asia pagi ini (Isnin) sambil harga diperhatikan meniti di atas garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD yang menunjukkan isyarat masih bullish.

Kenaikan harga jika terus dipaparkan akan cuba sekali lagi melepasi rintangan 1.26000 sebelum catatkan paras ketinggian terbaru.

Sasaran seterusnya adalah pada ketinggian 1.27000 jika US dolar kekal melemah dan memberi ruang untuk Pound meningkat.

Jika situasi sebaliknya yang berlaku dalam pasaran, penurunan harga diilihat akan menghampiri paras tumpuan terhampir pada 1.25000.

Setelah isyarat lebih jelas untuk trend bearish, harga bakal melanjutkan penurunan untuk menuju ke sekitar 1.24000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat