GBP/USD Macam Dah Bagi ‘Warning’ Nak Terjun Ni!

239

Perubahan arah harga berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada dagangan sesi New York semalam apabila mata wang US dolar kembali paparkan pemulihan semula.

Situasi didorong oleh terbitan data tinjauan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) dengan bacaan angka yang memberangsangkan sekaligus turut meningkatkan kecenderungan jangkaan Federal Reserve (Fed) untuk mengekalkan dasar monetari ketat mereka.

Sementara, pelabur juga telah bersedia untuk kejatuhan semula Pound berikutan amaran dari isyarat dovish oleh bank pusat England (BOE) pada mesyuarat polisi tempoh hari.

Namun, pada sesi Eropah semalam harga masih berjaya paparkan kenaikan sehingga menyentuh paras penting iaitu 1.28000.

Namun seperti yang dijangkakan penganalisis, reaksi harga berlaku di zon tersebut apabila harga sebaik sahaja menyentuh paras 1.28000 kemudiannya turut berpatah arah membuat penurunan.

Menuju ke penghujung sesi New York, harga turun menghampiri garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut di sekitar 1.27600.

Penurunan harga diteruskan dengan perlahan pada sesi Asia pagi ini (Rabu) namun memberi isyarat bearish apabila harga bergerak di bawah garisan MA50.

Penurunan dijangka akan bersambung pada sesi-sesi berikutnya dengan zon 1.27000 yang menjadi sokongan harga sebelum ini bakal diuji lagi.

Jika tembus ke bawah, penurunan lanjut harga akan diteruskan menuju ke paras tumpuan berikutnya yang berada pada sekitar 1.26000.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula melepasi halangan MA50, zon 1.28000 akan diuji sekali lagi seperti semalam.

Seterusnya, selepas harga meneruskan kenaikan melepasi rintangan itu, paras ketinggian terbaru 10 minggu bakal dicatatkan dengan sasaran untuk harga mencapai sehingga 1.29000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat