GBP/USD Masih Bertahan Atas $1.2700, Tapi Ada Amaran Awal Untuk Trader!

243

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih mengekalkan trend bullish, namun pelabur mula berhati-hati dengan isyarat untuk perubahan trend berkemungkinan akan berlaku.

Ini disebabkan laporan inflasi UK yang diterbitkan di sesi Eropah semalam memberi kesan terhadap pergerakan Pound.

Bacaan inflasi terbaru susut dengan perbezaan angka agak ketara iaitu dari paras 3.2% sebelum ini sehingga 2.3% untuk April, namun tidak mencapai sasaran pada 2.1%.

Penurunan inflasi UK ini dilihat selari dengan persediaan bank pusat England (BOE) untuk beralih ke arah pelonggaran dasar pada mesyuarat polisi tempoh hari.

Pound sempat mengukuh seketika pada data diterbitkan namun kembali menyusut rendah semula.

Sementara US dolar pula mendapat kekuatan untuk memulih susulan butiran minit mesyuarat FOMC diteliti di awal pagi ini yang kekal bernada hawkish.

Pada carta GBP/USD, harga telah melonjak mencapai ketinggian terbaru pada 1.27600 di sesi Eropah semalam sebelum kemudiannya susut semula ke paras 1.27000.

Pergerakan harga sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini (Selasa) dilihat berlegar di atas zon RBS (resistance become support) 1.27000 itu selain garisan Moving Average 50 (MA50) diuji pada pergerakan di rangka masa 1 jam pada carta tersebut.

Sekiranya harga masih berjaya bertahan untuk meneruskan kenaikan, paras ketinggian 1.27600 semalam berpotensi untuk diatasi.

Harga bakal catatkan paras ketinggian terbaru dengan sasaran untuk mencapai sekitar zon 1.28000.

Sebaliknya, jika harga telah mula meluncur turun di bawah zon 1.27000, pelabur akan bersedia menjangkakan penurunan ketara harga untuk bermula.

Sasaran awal adalah untuk mencecah sekitar 1.26000 sebagai paras yang menjadi antara tumpuan harga sebelum ini.

Tumpuan pasaran hari ini adalah pada data PMI pembuatan dan perkhidmatan UK dan AS yang bakal memacu kedua-dua mata wang Pound dan US dolar.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat