GBP/USD Masih Teruskan Pendakian Selepas Lonjakan 200 Pips!

137

Pada Jumaat lalu, harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD berjaya capai paras tertinggi mingguan ketika reaksi terhadap laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan.

Jika diperhatikan dari awal minggu lalu, harga yang mula berlegar di sekitar 1.20600 kemudiannya telah menjunam ke zon support 1.18000.

Harga berjaya membuat kenaikan semula ke zon 1.19000 pada Khamis, dan akhirnya catatkan kenaikan harian sekitar 200 pips pada Jumaat mencapai paras sasaran 1.21000.

Penganalisis tidak melihat sokongan yang jelas pada mata wang Pound di mana pergerakan harga lebih dipacu oleh faktor yang mempengaruhi US dolar.

Krisis Silicon Valley Bank (SVB) kini menjadi tumpuan pasaran yang memberi kesan terhadap ekonomi AS dan mata wang US dolar.

Situasi ini dilihat menambah kesukaran buat Federal Reserve (Fed) untuk melaksanakan pengetatan dasar monetari.

Trend kekal bullish pada carta GBP/USD dengan kenaikan diteruskan pada pembukaan dagangan awal minggu ini.

Harga membuat kenaikan di sesi Asia melepasi paras 1.21000 yang dicapai Jumaat lalu, menguji pula paras rintangan 1.21400.

Kenaikan dilihat akan diteruskan menuju 1.22000 sebelum ke paras lebih tinggi lagi untuk catatkan paras tertinggi terbaru 4 minggu.

Namun jika harga kembali papar penurunan, susut di bawah paras 1.21000 akan menjangka harga singgah semula ke paras 1.20000.

Zon 1.19000 akan menjadi zon penting jika penurunan masih diteruskan untuk penentu bagi menilai perubahan trend harga.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat