GBP/USD Mendatar Dalam Zon 100 Pips Sepanjang Minggu Ini

134

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mendatar pada minggu ini berbanding corak penurunan ketara harga pada dagangan minggu lalu.

Pelabur memberi tumpuan kepada data ekonomi UK yang diterbitkan sepanjang minggu ini yang mempengaruhi mata wang Pound.

Selepas laporan data pekerjaan UK pada Selasa lalu, data inflasi pula menyusul pada Rabu semalam yang menyaksikan kenaikan seketika Pound, namun tidak dilanjutkan.

Gabenor Bank of England (BOE) Andrew Bailey menyatakan pandangan bahawa inflasi di UK akan alami penurunan besar pada bulan depan.

Pasaran akan nantikan terbitan data jualan runcit UK untuk diterbitkan pada sesi Eropah, esok hari.

Meneliti carta GBP/USD, ketidaktentuan yang melanda kedua-dua mata wang Pound dan US dolar menyukarkan harga untuk pamerkan arah pergerakan yang jelas buat pelabur.

Pada awal minggu, harga naik sedikit menguji rintangan 1.25000 namun kembali berundur turun semula dan turut melantun ketika menghampiri paras 1.24000 yang menjadi support semasa buat harga.

Sekiranya US dolar bergerak lemah menyambung prestasi suram semalam, harga boleh membuat kenaikan semula untuk menguji rintangan pada 1.25000 seperti di awal minggu.

Jika berjaya ditembusi, kecenderungan harga adalah untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju sasaran berikutnya pada paras 1.26000.

Sebaliknya, jika ditekan jatuh lebih rendah, zon support 1.24000 berisiko untuk harga tembusi dan catatkan paras terendah terbaru.

Untuk penurunan lanjut yang diteruskan, harga dijangka boleh mencecah hingga ke sekitar 1.23000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat