US dolar kembali catat pengukuhan pada awal sesi pasaran New York semalam berikutan permintaan terhadap matawang safe-haven itu selepas pasaran saham kembali merosot menyaksikan penurunan pada indeks-indeks utama terutama saham teknologi.
Sementara itu, matawang Pound pamer prestasi paling merosot dalam pasaran berikutan ketidaktentuan rundingan masih membelenggu kebimbangan pelabur menyebabkan penjualan matawang Britain tersebut berterusan.
Kesatuan Eropah (EU) telah mendesak UK untuk menarik balik rang undang-undang pasaran dalaman yang dicadangkan kerana didakwa akan mencetuskan pelbagai lagi masalah baru di masa akan datang di samping mencemarkan hubungan UK bersama blok tersebut.
Dengan kombinasi perbezaan kekuatan dua matawang ini, jelas dilihat arah pergerakan harga pada carta pasangan GBP/USD.
Pada dagangan Khamis semalam, harga yang menguji paras ketinggian setakat 1.30300 telah menjunam 250 pips ke paras sekitar 1.27700 sehingga ke penghujung sesi New York.
Penurunan tersebut juga telah melepasi zon support 1.29000 dan pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam menunjukkan trend kekal bearish atau menurun.
Harga dijangka akan menguji paras 1.28500 sehingga 1.29000 iaitu zon SBR (support become resistance) sebelum menyambung semula penurunan menuju paras support pada 1.27600 seterusnya lebih rendah ke paras 1.26700.
Sebaliknya jika lonjakan harga berlaku, paras tumpuan awal dilihat pada 1.3000 sebelum kenaikan lebih tinggi dari zon tersebut akan memberi isyarat perubahan trend.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI