GBP/USD Menyusur Ke Bawah Menjelang Mesyuarat BOE

149

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mendatar pada awal minggu semalam ketika pengakhiran bagi dagangan Julai.

Paras 1.29000 dilihat kekal sebagai rintangan yang masih mengekang kemaraan harga lebih tinggi yang tidak menyambung lonjakan pada penutup penghujung minggu lalu.

Dengan pengukuhan US dolar, Pound sedikit ditekan pada penutup sesi New York dan harga menyambung corak penurunan yang perlahan di awal sesi Asia pagi ini (Selasa).

Pound didagangkan berwaspada susulan pelabur sedang menantikan keputusan mesyuarat bank pusat England (BOE) pada Khamis nanti.

Sementara Pound dijangka papar prestasi suram, pasaran akan terus memerhati pergerakan US dolar sama ada pengukuhannya akan diteruskan lagi.

Data tinjauan ISM sektor pembuatan di Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan di sesi New York sebentar lagi yang akan diterbitkan bersama data pekerjaan JOLTS.

Pergerakan harga yang berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu memberi indikasi bearish buat harga.

Penurunan harga berkemungkinan boleh diteruskan lagi dan bakal menguji paras terendah dicecah Jumaat lalu berhampiran 1.27600.

Melepasi paras itu akan mendorong penurunan lebih rendah harga menuju zon tumpuan pada 1.27000 dan reaksi harga akan diperhatikan bagi petunjuk arah selanjutnya.

Sekiranya harga kembali melantun semula melepasi halangan MA50, kenaikan harga boleh dijangkakan semula untuk mengatasi paras harga semalam seblum menuju ke rintangan 1.29000.

Jika rintangan tersebut berjaya diatasi, harga bakal melanjutkan pendakian lebih tinggi menuju semula zon kritikal minggu lalu iaitu pada 1.30000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat