GBP/USD Mula Pamerkan Corak Awal Trend Penurunan

440

Berbeza dengan dagangan Pound Sterling pada minggu lalu yang berakhir dengan ‘happy ending’, sebaliknya pula situasi pada awal minggu ini apabila mata wang Britain tersebut didagangkan susut semula.

Pada minggu lalu, pelabur menyambut baik laporan persetujuan rundingan telah dicapai oleh kedua-dua pihak apabila isu perikanan yang menjadi kontroversi sebelum ini telah menemui jalan penyelesaian.

Pada carta harga pasangan GBP/USD minggu lalu melihatkan harga melonjak ke zon resistance 1.36000 semula.

Namun pada awal dagangan pada minggu ini kembali melihatkan corak penurunan harga mula terbentuk semula selepas harga turut turun di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Hal ini dipercayai kerana pelabur yang meneliti situasi rundingan Brexit yang diumumkan pada hujung minggu. Dokumen perjanjian dengan lebih 1,200 muka surat tersebut masih menunjukkan beberapa isu utama tidak diselesaikan.

Kebimbangan terhadap rundingan ini turut memberi tekanan semula terhadap mata wang Euro selepas berjaya bergerak kukuh berbanding US dolar semalam.

Harga pada carta GBP/USD semalam juga telah pamerkan 140 pips penurunan harian dengan zon 1.35000 turut berjaya ditembusi.

Menyambung dagangan pada sesi Asia hari ini (Selasa), harga kembali membuat kenaikan menuju semula ke paras 1.35000, namun penurunan harga akan terus dijangkakan.

Penurunan harga yang diteruskan bakal menguji pula zon tumpuan pada 1.34000 sebelum penurunan lebih rendah akan menuju sekitar zon 1.33000.

Sebaliknya jika sentiment rundingan Brexit kembali positif, harga berkemungkinan pamer lonjakan semula selepas melepasi zon harga 1.35000.

Zon resistance 1.36000 yang gagal ditembusi untuk 2 minggu berturut-turut akan kembali diuji semula untuk kenaikan seterusnya.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat