GBP/USD Naik Dulu Sebelum Terjun 100 Pips!

246

Lonjakan awal harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di sesi Eropah semalam gagal diteruskan apabila situasi berubah di sesi New York.

Laporan pekerjaan UK diterbitkan dengan bacaan angka yang positif, menyokong peningkatan sederhana mata wang Pound di sesi Eropah.

Justeru, dapat diperhatikan kenaikan harga berlaku ke paras sekitar 1.26800 namun tidak sempat menyentuh paras sasaran pada 1.27000.

Kemudiannya, harga telah menjunam pada dagangan sesi berikutnya susulan faktor pengukuhan ketara US dolar terhadap data yang diterbitkan.

Menjadi indikator utama kepada Federal Reserve (Fed), data inflasi Amerika Syarikat (AS) sedikit menurun kepada 3.1% untuk Januari (3.4% pada Disember), namun tidak mencapai angka ramalan pada 2.9%.

Pasaran yang menilai kadar inflasi masih tinggi di AS, mengurangkan jangkaan untuk langkah pemotongan kadar faedah oleh Fed sekaligus mencetuskan reaksi pengukuhan US dolar.

Pada carta GBP/USD, harga dilihat menjunam hingga ke bawah paras 1.26000.

Pergerakan harga perlahan sehingga ke sesi Asia pagi ini (Rabu) di bawah paras 1.26000 tersebut dengan isyarat bearish harga dikenalpasti selepas harga berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta itu.

Pelabur akan berwaspada mula untuk data inflasi UK yang akan diterbitkan di sesi Eropah sebentar lagi sebelum pada sesi berikutnya, ucapan gabenor bank of England (BOE) Andrew Bailey akan diperhatikan.

Jangkaan untuk penurunan lanjut harga yang akan diteruskan bakal menuju ke zon support pada 1.25000.

Dan harga boleh meneruskan penurunan lebih rendah jika melepasi zon tersebut dan mencatatkan paras terendah terbaru 12 minggu.

Sebaliknya jika harga melonjak semula melepasi zon 1.26000 dan juga halangan MA50, kenaikan harga berkemungkinan mampu kembali semula menuju ke paras 1.27000 yang hampir dicapai semalam.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat