GBP/USD Pacak Dulu 100 Pips Kemudian Junam 150 Pips!

208

Pergolakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD membuatkan pelabur resah gelisah memerhatikannya, namun risiko sudah diketahui lebih awal.

Ini kerana kedua-dua bank pusat Federal Reserve (Fed) dan Bank of England (BOE) melangsungkan mesyuarat polisi terbaru dan mengumumkan kadar faedah masing-masing yang dikekalkan.

Fed bernada dovish dengan unjuran 3 kali penurunan kadar faedah untuk tahun 2024, manakala tiada perubahan pada kenyataan susulan oleh BOE dengan nada kekal berhati-hati.

Pelabur memerhati pergerakan turun naik harga drastik pada carta GBP/USD Khamis semalam.

Selepas mesyuarat FOMC yang menyaksikan US dolar ketara melemah, harga telah membuat lonjakan di atas paras 1.27000 hingga sekitar 100 pips mencapai zon 1.28000.

Namun zon 1.28000 kekal menjadi rintangan yang gagal dilepasi sebelum harga mula membuat penurunan di sesi Eropah.

Kejutan tindakan pemotongan kadar faedah yang dimulakan oleh Swiss National Bank (SNB) semalam mencetuskan panik dan membuatkan US dolar sebagai mata wang safe-haven kembali mendapat permintaan sekaligus mengukuh semula.

Kejatuhan harga berterusan sehingga ke sesi New York menyambung pergerakan bearish itu selepas mesyuarat BOE diberikan tumpuan.

Harga mencecah paras 1.26500 mencatatkan penurunan harian 150 pips dan isyarat bearish dengan pergerakan di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Dengan momentum yang diperhatikan, harga berkemungkinan cenderung untuk menyambung penurunan lebih rendah di penghujung minggu ini untuk menguji pula paras tumpuan pada 1.26000.

Namun jika kenaikan harga berlaku, rintangan terhampir adalah pada 1.27000 untuk kembali diatasi sebelum harga akan cuba mendaki semula menuju zon 1.28000 sebelum ini.

Pelabur juga akan memberi tumpuan kepada data jualan runcit UK yang akan diterbitkan pada sesi Eropah hari ini yang boleh mempengaruhi pergerakan Pound.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat