Trend bullish harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD berjaya dikekalkan didorong oleh penyusutan berterusan US dolar.
Ketara alami kejatuhan pada dagangan sesi New York semalam, US dolar terus memberi reaksi sejurus data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan dengan angka yang menepati ramalan iaitu sedikit menurun pada April.
Setelah inflasi AS meningkat ke paras 3.5% pada Mac iaitu tertinggi sejak September tahun lalu, bacaan terbaru mula menurun kepada 3.4 untuk April.
Ini menguatkan semula jangkaan terhadap langkah pemotongan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) untuk dilaksanakan. Jangkaan adalah seawal September.
Pound manfaatkan peluang untuk meningkat ke paras tertinggi 5 minggu dan semakin hampir untuk mengatasi paras yang dicapai pada April lalu.
Meneliti carta pasangan mata wang GBP/USD, harga yang telah melepasi zon 1.26000 semalam kemudiannya melanjutkan pendakian dan sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini, akhirnya zon tumpuan 1.27000 telah berjaya dicapai.
Paras penting yang disentuh harga itu merupakan zon penting buat harga yang menjadi rintangan pada dagangan April lalu dan gagal dilepasi.
Dengan momentum yang sedang dipaparkan, harga berpotensi untuk melepasi rintangan 1.27000 sekaligus mencatatkan paras ketinggian terbaru 8 minggu.
Sasaran seterusnya untuk kenaikan lebih tinggi harga adalah untuk menuju zon 1.28000 pula.
Namun jika harga gagal melepasi 1.27000 dan melantun turun, risiko untuk penurunan harga adalah dilihat untuk kembali ke sekitar 1.26000 semula.
Petunjuk pergerakan harga di penghujung minggu akan terus diperhatikan untuk pelabur tentukan arah lebih jelas walaupun kecenderungan harga masih untuk meneruskan kenaikan.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG