GBP/USD Panjat Lagi 100 Pips Sebab CPI AS Semalam!

241

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada Rabu semalam juga turut memaparkan corak kenaikan susulan terkesan oleh reaksi pada data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan.

Angka inflasi terbaru yang turun kepada 3.0% pada Jun dilihat semakin menghampiri sasaran bank pusat dan dijangka akan memberi kesan penyusutan yang berterusan ke atas US dolar sekurang-kurangnya menuju penghujung minggu.

Ini memberi ruang kepada mata wang Pound untuk menyambung pengukuhan nilainya, namun pelabur akan berwaspada memerhatikan terbitan data pertumbuhan ekonomi UK pada sesi Eropah sebentar lagi.

Jika diperhati pada carta GBP/USD semalam, harga pada mulanya membuat penurunan terlebih dahulu di sesi Eropah menuju ke paras penting 1.29000.

Namun harga tidak melanjutkan penurunan lebih rendah dan kekal berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.

Sesi berikutnya menyaksikan lonjakan sekitar 100 pips susulan reaksi pada data CPI yang diterbitkan sehingga harga menyentuh paras tumpuan 1.30000.

Paras tersebut menjadi rintangan dan harga mendatar di bawahnya sehingga ke penghujung sesi New York tersebut.

Sedikit kenaikan melepasi paras 1.30000 dperlihatkan pada dagangan yang bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis) dengan jangkaan corak bullish akan masih diteruskan lagi.

Sasaran untuk kenaikan seterusnya adalah untuk menuju paras rintangan pada 1.31000 sekaligus terus mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi.

Sebaliknya, jika berlaku perubahan arah pada pergerakan menuju penghujung minggu ini, pelabur boleh menjangkakan penurunan akan kembali hampiri semula sokongan 1.29000 semalam.

Susut lebih rendah dan turut bergerak di bawah paras MA50 akan menjangkakan perubahan trend untuk berlaku dan harga boleh menuju hingga ke sekitar 1.28400.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat