GBP/USD Panjat Semula Atas Paras $1.2400, CPI AS Bakal Memacu Arah Harga

157

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD kembali positif mempamerkan lonjakan semula harga pada Selasa semalam memudarkan jangkaan untuk harga menyambung terjunan yang berlaku di awal minggu.

Ini disebabkan penyusutan semula yang berlaku ke atas US dolar setelah tumpuan kini beralih terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada sesi New York malam ini.

Data yang diterbitkan dijangka akan mengundang pergerakan volatile harga sebelum pasaran akan menilai jangkaan terhadap keputusan dasar monetari oleh Federal Reserve (Fed) untuk mesyuarat awal Mei nanti.

Kesan terbitan data tersebut juga bakal memacu arah pergerakan harga menuju dagangan penghujung minggu ini.

Pada carta GBP/USD, harga yang pada mulanya menjunam Isnin lalu mencecah 1.23500 kemudiannya telah melantun buat kenaikan semula melepasi paras 1.24000 semalam.

Ketinggian dicapai pada 1.24500 sebelum harga susut sedikit dan perlahan mengakhiri penghujung sesi New York di atas paras 1.24000.

Pergerakan perlahan harga bersambung pada sesi Asia pagi ini (Rabu), namun pelabur menilai petunjuk bullish selepas harga telah mula berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Kenaikan harga jika berjaya diteruskan hari ini bakal menuju semula zon rintangan pada 1.25000 yang merupakan paras tertinggi direkod harga minggu lalu untuk tempoh dagangan 10 bulan.

Harga boleh catatkan ketinggian terbaru lagi jika zon tersebut berjaya ditembusi dengan sasaran harga untuk menuju pula sekitar 1.26000.

Sebaliknya jika harga mula menjunam kembali di bawah 1.24000, paras dicecah pada awal minggu 1.23500 berkemungkinan akan diatasi harga.

Harga bakal susut lebih rendah menuju zon sokongan pada 1.23000 sebelum menyambung lagi penurunan ke zon tumpuan 1.22000 sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat