GBP/USD Papar Kenaikan Atasi Ketinggian Minggu Lalu

236

Pergerakan pasaran mendatar sementara pelabur menunggu keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi Khamis nanti yang diramalkan untuk Federal Reserve (Fed) sekali lagi akan membuat kenaikan yang agresif buat kali kedua sebanyak 75 mata asas dengan akan mencetuskan pergerakan drastik buat US dolar.

Namun tumpuan akan terarah dahulu untuk bacaan bagi data keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York malam ini (Selasa) yang bakal memberikan gambaran awal terhadap kadar inflasi dengan ramalan angka bacaan terbaru sedikit menyusut berbanding bacaan bulan sebelumnya.

Dengan penyusutan US dolar yang masih berterusan, mata wang Pound dilihat berjaya didagangkan meningkat berbanding US dolar pada awal minggu semalam.

Pelabur tetap waspada untuk dagangan Pound sementara tumpuan terhadap mesyuarat Bank of England (BOE) pada minggu hadapan yang berkemungkinan bakal menolak untuk melakukan kenaikan kadar faedah yang lebih besar pada Ogos sebaliknya kekal dengan jangkaan peningkatan sebanyak 25 mata asas.

Meneliti pergerakan harga bagi pasangan mata wang GBP/USD,  harga pada mulanya dilihat bergerak mendatar pada sesi dagangan Asia semalam namun bersambung ke sesi Eropah harga memulakan peningkatan semula sehingga berjaya mengatasi paras ketinggian minggu lalu.

Namun, harga yang mencatatkan kenaikan harian sekitar 130 pips itu yang mencapai paras sekitar 1.20850 gagal untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi sebelum menyusut semula pada dangangan sesi New York untuk menutup dagangan di sekitar 1.20400.

Bersambung pada sesi dagangan Asia pagi ini (Selasa), harga dilihat meneruskan lagi peningkatan menghampiri paras ketinggian 1.21000 yang merupakan zon rintangan tumpuan bakal diuji.

Pergerakan harga masih dinilai kekal dalam trend bullish di mana harga bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Untuk jangkaan kenaikan lebih tinggi yang bakal diteruskan, paras halangan 1.21000 bakal ditembusi untuk harga catatkan paras ketinggian terbaru 4 minggu dengan sasaran untuk peningkatan seterusnya adalah menuju zon 1.22000 pula.

Sebaliknya, jika harga menunjukkan corak perubahan trend bearish semula selepas ini, paras sokongan awal pada 1.20000 dilihat akan diuji terlebih dahulu sebelum memaparkan corak penurunan harga yang lebih jelas.

Seterusnya, penurunan yang lebih lanjut harga bakal menuju pula ke paras 1.19400 untuk diuji sebelum meneruskan penyusutan yang lebih rendah menuju ke paras 1.18800.

Untuk tempoh lebih panjang bagi pergerakan menurun harga dijangkakan akan kembali semula ke zon support tumpuan pada 1.18000.

Lihat pada gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat