GBP/USD Sambung Mendatar Di Bawah Zon Resistance $1.2700!

168

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih meneruskan pergerakan mendatar dalam julat 100 pips antara rintangan 1.27000 dan sokongan 1.26000.

Pengukuhan yang dipaparkan oleh US dolar pada dagangan awal minggu semalam kembali menekan harga untuk susut ke bawah semula.

Pada mulanya, harga memulakan dagangan pada pembukaan sesi Asia semalam (Isnin) di sekitar 1.27000 yang merupakan zon rintangan diuji sejak minggu lepas.

Namun penurunan harga dipaparkan sehingga ke sesi New York semalam menghampiri semula paras sokongan pada 1.26000.

Harga yang telah kembali bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut menjadi amaran awal kepada trader untuk penurunan lanjut harga yang boleh terjadi.

Jika penurunan harga melepasi paras 1.26000, pelabur perlu bersedia dengan isyarat bearish itu dan menjangkakan kejatuhan harga ke paras lebih rendah.

Sasaran boleh mencecah hingga paras 1.25000 atau seterusnya pada sekitar 1.24000.

Namun jika harga mampu paparkan lonjakan kembali melepasi halangan MA50, masih terdapat potensi untuk harga meneruskan pergerakan trend bullish sebelum ini.

Kenaikan harga perlu mengatasi rintangan zon 1.27000 selepas menembusi paras halangan MA50 untuk isyarat perubahan trend semula.

Untuk catatan paras ketinggian terbaru, 1.28000 dilihat sebagai zon terhampir untuk dituju harga sebelum kenaikan lebih tinggi diteruskan bakal menuju pula 1.29000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat