Tak seperti yang diharapkan pelabur untuk jangkaan reaksi selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) diterbitkan, pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD masih lagi mendatar di bawah zon harga 1.25000.
Pada mulanya harga telah paparkan penurunan di sesi Eropah susulan mata wang Pound alami penyusutan selepas data pertumbuhan ekonomi UK diterbitkan dengan angka yang menguncup.
Jatuh ke paras sekitar 1.24400, harga melantun sedikit sebelum harga menunjukkan reaksi pula pada sesi berikutnya.
Bacaan indeks harga pengguna (CPI) AS pada bulan Ogos meningkat kepada 3.7%, atasi jangkaan 3.6%, mengundang reaksi mata wang US dolar.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/sis-fx-reaksi-cpi-as#t=0:00
Pengukuhan awal US dolar telah melihatkan harga ditekan sekali lagi ke paras sekitar 1.24400, namun momentum pengukuhan pudar semula dan harga melantun ke paras 1.25000.
Sehingga ke penghujung sesi New York bersambung ke sesi Asia pagi ini (Khamis), harga masih berlegar di bawah paras 1.25000 yang dilihat menjadi rintangan buat harga.
Harga juga mendatar di sekitar garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD sambil pelabur memerhatikan petunjuk untuk arah harga berikutnya.
Sekiranya harga berjaya melonjak tinggi di atas 1.25000, akan menjadi isyarat permulaan trend bullish dengan sasaran untuk harga mencapai semula ke paras 1.26000 dan menguji rintangan itu.
Meneruskan pendakian lebih tinggi, harga bakal menuju pula paras tumpuan sebelum ini pada 1.27000.
Namun jika paras 1.25000 kekal menjadi penghalang yang sukar ditembusi harga, pelabur akan menanti isyarat penurunan harga untuk berlaku.
Paras yang dicecah semalam mungkin akan diatasi sebelum harga menuju ke zon support pada 1.24000.
Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG