GBP/USD Tak Jadi Naik, Dijangka Cecah Paras Lebih Rendah Lagi

328

Cubaan untuk memaparkan corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD pada minggu ini gagal selepas penurunan bersambung semula selepas keputusan mesyuarat FOMC yang mengukuhkan US dolar.

Federal Reserve (Fed) mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat kali ini, namun menyatakan bahawa kenaikan kadar faedah bakal dipercepatkan untuk tahun ini.

Oleh itu, kebanyakan mata wang utama dalam pasaran termasuk Pound kembali menerima tekanan semula terhadap situasi tersebut.

Pada dagangan Rabu semalam, kenaikan harga pada carta GBP/USD dilihat mendatar di atas paras 1.35000 namun gagal untuk meneruskan kenaikan lebih tinggi sebelum menjunam semula.

Harga susut di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk kembali berlegar semula di paras sokongan minggu ini sekitar 1.34400.

Penurunan lebih rendah bakal dijangkakan menuju ke paras 1.34000 sekiranya US dolar berjaya mengekalkan pengukuhan ke atas Pound.

Sebaliknya jika situasi berubah dan harga mula melonjak semula, melepasi halangan pada 1.35000 akan mendorong harga menuju ke zon SBR (support become resistance) 1.35700.

Kemudian barulah harga akan meneruskan kenaikan lebih tinggi ke paras-paras rintangan sebelum ini seperti zon 1.36500 dan 1.37400.

Pergerakan bagi mata wang Pound dijangka akan lebih menarik pada minggu hadapan dengan tumpuan pada mesyuarat bank pusat England.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat