GBP/USD Tembus Rekod Baru Lagi, Harga Hampiri Paras $1.2900

149

Masih lagi rancak seperti reaksi pergerakan pasaran pada penutup minggu lalu, carta harga pasangan mata wang GBP/USD pada pembukaan awal minggu semalam memaparkan turun naik harga dalam julat 100 pips.

Pada Jumaat lalu, harga telah melonjak ke paras ketinggian 1.28500, namun pada sesi Asia dan Eropah semalam (Isnin), harga telah pamerkan penyusutan semula sehingga ke paras 1.27500.

Pembukaan sesi New York menyaksikan pengukuhan awal US dolar ketika pegawai-pegawai Federal Reserve (Fed) masih melihat kenaikan kadar faedah akan diteruskan lagi pada mesyuarat FOMC selepas ini.

Namun, kenyataan berkenaan kitaran pengetatan dasar oleh bank pusat yang semakin menghampiri penghujungnya telah membuatkan US dolar ketara menyusut semula.

Mata wang Pound pada sesi Eropah sebentar lagi dijangka akan dipengaruhi oleh laporan data pekerjaan UK yang akan memberi gambaran penetapan dasar oleh bank pusat selepas ini.

Jika diperhatikan, harga yang pada mulanya turun menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu kembali melonjak naik sehingga mengatasi ketinggian dicapai pada Jumaat lalu.

Harga yang menghampiri ketinggian 1.28700 pada penutup sesi New York dilihat meneruskan lagi kenaikan di sesi Asia pagi ini, namun dengan momentum yang lebih perlahan.

Hagra yang berlegar di sekitar paras 1.28800 telah menjadi rekod tertinggi terbaru sejak April 2022 setelah memecah rekod minggu lalu.

Kini harga dilihat akan menguji zon rintangan pada 1.29000 dan tidak mustahil untuk menyambung kenaikan lebih tinggi sekiranya US dolar kekal melemah.

Paras 1.30000 mampu dicapai untuk rekod ketinggian terbaru dengan pergerakan bullish yang berterusan.

Pelabur sedang waspada menunggu terbitan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang juga berpotensi untuk membuatkan harga alami penurunan semula.

Jika situasi itu berlaku, harga boleh susut semula ke paras terendah harian semalam pada 1.27500 dan memberi isyarat perubahan trend bearish selepas bergerak di bawah paras sokongan MA50.

Harga yang melanjutkan penurunan akan menuju kembali zon support tumpuan minggu lalu iaitu 1.27000 yang akan memberi reaksi menarik harga bagi petunjuk pergerakan seterusnya.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat