GBP/USD Terjun 200 Pips Menjelang Mesyuarat BOE

254

Data inflasi tahunan Amerika Syarikat (AS) diterbitkan melonjak kepada angka 8.6% untuk Mei 2022, iaitu bacaan inflasi tahunan yang tertinggi pernah dicatatkan sejak Disember 1981.

Sebelum ini, data inflasi tahunan untuk bulan Mac mencatatkan 8.5% dan merekodkan kenaikan tertinggi 40 tahun sebelum berlaku penurunan semula kepada 8.3% pada bacaan April yang telah membuatkan pelabur merasakan inflasi telah mencapai kemuncak dan akan mula menurun selepas bank pusat mengetatkan dasar.

Lonjakan tersebut telah meleburkan jangkaan pelabur untuk inflasi di AS meneruskan penurunan seperti bacaan yang diterbitkan pada Mei lalu.

Dengan peningkatan mengejutkan ini telah membuatkan pelabur semakin yakin bahawa Federal Reserve (Fed) akan meneruskan kenaikan kadar feadah 50 mata asas sehingga September untuk memerangi inflasi yang semakin meningkat di AS.

Oleh itu, pengukuhan US dolar yang dijangka akan berterusan minggu ini menjelang mesyuarat FOMC telah memberi tekanan kepada kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran termasuk Pound.

Laporan data pekerjaan UK yang akan diterbitkan pada Selasa akan turut menjadi perhatian pelabur sebelum tumpuan beralih kepada keputusan mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) pada Khamis yang akan mempengaruhi dagangan Pound minggu ini.

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD di sesi Eropah pada Jumaat lepas telah menyaksikan harga membuat penurunan ketara sehingga ke sesi New York dengan mencatatkan penurunan harian sekitar 200 pips.

Penurunan harga dari zon 1.25000 telah menembusi zon tumpuan pada 1.24000 dan meneruskan penurunan yang lebih rendah mencecah ke paras 1.23000 di penghujung sesi terakhir minggu tersebut.

Terjunan harga didorongoleh terbitan data inflasi AS pada sesi New York yang mempamerkan pergerakan bearish yang lebih jelas pada carta GBP/USD.

Harga masih menunjukkan pergerakan bearish dimana harga masih bergerak dibawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sehingga bersambung pada dagangan minggu ini.

Jika Pound terus menyusut ditekan oleh US dolar yang mengukuh, harga bakal membuat penurunan lebih rendah dan menguji zon sekitar 1.21600 untuk mencatatkan paras terendah terbaru 5 minggu.

Penurunan lanjut harga yang diteruskan seterusnya dilihat bakal menguji zon tumpuan pada 1.21000 pula.

Sebaliknya jika kenaikan harga berjaya berlaku semula, harga bakal membuat kenaikan dari zon 1.22800 dan seterusnya menuju ke zon 1.24000 untuk menguji zon rintangan tersebut.

Kenaikan harga yang masih berjaya diteruskan menembusi zon rintangan itu kemudiannya akan mensasarkan untuk kenaikan lebih tinggi pada zon tumpuan seterusnya pada 1.25000.

Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat