GBP/USD Terjun Selepas Gagal Tembus Rintangan $1.2700!

238

Carta pasangan mata wang GBP/USD antara yang menjadi tumpuan pelabur sejak minggu lalu hingga ke minggu ini dengan memaparkan pergerakan harga yang menarik.

Pelabur memerhatikan paras rintangan 1.27000 yang diuji beberapa kali sejak minggu lalu hingga bersambung pada dagangan di awal minggu ini.

Setelah beberapa kali cubaan membuat kenaikan itu, harga tetap gagal melepasi ‘tembok’ kental itu dan corak penurunan harga mula diperlihatkan pada Rabu semalam.

Di sesi Asia semalam, pelabur sudah mula bersedia untuk penurunan apabila harga dilihat mula bergerak di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut sebagai isyarat pergerakan bearish.

Penurunan berlaku menyaksikan harga mencecah sekitar 1.26200 sebelum melantun semula di sesi New York ketika US dolar alami penyusutan susulan reaksi data yang diterbitkan.

Bacaan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) sedikit tersasar dari ramalan membuatkan prestasi baik US dolar pada sesi sebelumnya berubah suram.

Harga meningkat ke paras sekitar 1.26700 dan menguji halangan MA50 sebelum berundur sedikit dan mendatar mengakhiri dagangan penghujung sesi New York sekitar 1.26600.

Pergerakan perlahan harga bersambung di sesi Asia pagi ini sambil harga masih cuba untuk menguji halangan MA50.

Jika tetap gagal untuk melepasinya, harga berkemungkinan akan kembali turun semula ke paras yang dicecah semalam.

Seterusnya, paras tumpuan pada 1.26000 dilihat menjadi tumpuan yang bakal diuji dan reaksi harga di sekitar itu akan diperhatikan pelabur.

Sementara untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula jika berlaku, rintangan 1.27000 kekal menjadi sasaran untuk ditembusi harga setelah berkali-kali cubaan yang gagal sebelum ini.

Jika berjaya akhirnya ditembusi, kenaikan lebih tinggi akan berlaku dengan sasaran akan beralih pula pada ketinggian zon 1.28000 untuk dicapai.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat