GBP/USD Teruskan Corak Kenaikan, Harga Dah Mendaki 400 Pips!

169

Belum lagi ada petunjuk untuk perubahan arah harga berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD minggu ini dengan corak kenaikan masih berjaya dikekalkan sehingga sesi New York semalam.

Walaupun pergolakan politik dan kewangan di UK masih membayangi, namun Pound berjaya mempamerkan pengukuhan berbanding US dolar yang sedang mengalami fasa penyusutan semula.

Menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) dengan jangkaan pertambahan pekerjaan pada September yang lebih rendah, mengundang lebih tekanan untuk US dolar kekal suram menuju penghujung minggu ini.

Namun, ahli-ahli Federal Reserve (Fed) masih memberi isyarat untuk pengetatan dasar diteruskan dan tidak mengikuti jejak bank pusat Australia (RBA) yang mula memperlahankan kenaikan kadar.

Justeru, pelabur perlu berwaspada untuk pengukuhan semula US dolar yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dalam pasaran.

Pada carta GBP/USD, harga dilihat telah berjaya melepasi zon tumpuan 1.14500 yang dijangkakan penganalisis ketika meneruskan trend bullish, di mana harga kekal bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta harga tersebut.

Dengan kenaikan sejak awal minggu yang telah mencapai sekitar 400 pips, harga dilihat lebih cenderung untuk menyambung kenaikan lebih tinggi lagi hari ini dengan sasaran untuk menuju pula ke zon rintangan pada 1.16000-1.16500.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon rintangan itu seterusnya bakal mencapai ketinggian baru pada sekitar 1.18000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 6 minggu.

Namun, jika harga tiba-tiba berubah arah dan menjunam semula, susut di bawah paras sokongan MA50 dan melepasi 1.13000 akan memberi amaran untuk pelabur berjaga-jaga untuk perubahan trend.

Penurunan lebih rendah boleh dilanjutkan menuju sekitar 1.12000 atau 1.11000 yang merupakan paras-paras tumpuan harga pada dagangan minggu sebelum ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat