GBP/USD ‘U-Turn’ Balik, Beri Petanda Awal Trend Berubah

309

Pemulihan harga yang berlaku pada carta pasangan mata wang GBP/USD semalam boleh menjadi isyarat awal untuk perubahan arah harga.

Pasaran telah menyaksikan corak penurunan yang dipaparkan sejak Jumaat lalu bersambung pada Isnin tidak diteruskan pada dagangan Selasa semalam.

Ini bermakna momentum pengukuhan US dolar tidak berjaya dikekalkan sekaligus memberi ruang untuk Pound kembali meningkat semula.

Penganalisis walau bagaimanapun masih mengekalkan unjuran yang memihak kepada prestasi positif US dolar berdasarkan data-data ekonomi yang telah diterbitkan sebelum ini.

Jika diperhati pada carta GBP/USD semalam, harga memaparkan corak yang berbeza berbanding awal minggu iaitu dengan membuat kenaikan semula sehingga mencapai paras 1.26000 di penghujung sesi New York.

Menjadi isyarat awal untuk perubahan trend bullish, harga dilihat telah melepasi garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut .

Pergerakan perlahan harga berlegar di sekitar 1.26000 menyambung dagangan pada sesi Asia pagi ini (Rabu).

Jika corak kenaikan semalam masih berjaya diteruskan, harga dijangka akan menuju ke paras tumpuan berikutnya pada 1.27000.

Seterusnya, paras ketinggian pada minggu-minggu sebelum ini sekitar 1.27700 pula akan menjadi sasaran pada kenaikan yang diteruskan sebelum beralih ke zon rintangan 1.28000.

Sebaliknya jika harga gagal untuk bertahan di atas zon 1.26000, penurunan harga berkemungkinan boleh terjadi semula menyaksikan harga susut kembali di bawah garisan MA50.

Penurunan yang diteruskan bakal menuju zon support 1.25000 yang hampir dicecah harga pada pergerakan di awal minggu lalu.

Penurunan lebih rendah yang diteruskan akan catatkan paras terendah terbaru harga untuk tempoh dagangan 12 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat