GBPUSD Analisa Fundamental 1 October 2014

46

belajar-fundamental-analysis-03

GBP/USD susut 28 mata untuk berdagang di 1,6215 selepas harga perumahan melepasi jangkaan dan GDP menewaskan ramalan. Kekuatan dolar AS adalah sukar bagi mata wang GBP untuk terus memerangi hari ini. “Ekonomi Britain berkembang lebih cepat daripada yang dijangkakan dalam tiga bulan kedua tahun ini, dan kini  lebih besar daripada krisis 2008 sebelum ini,” kenyataan daripada Pejabat Statistik Kebangsaan. Pejabat Statistik Kebangsaan baru sahaja menyemak semula anggaran pertumbuhan GDP(KDNK) dalam suku April-Jun iaitu + 0.9%, daripada 0.8% sebelumnya.

Pejabat Statistik Kebangsaan melaporkan bahawa output industri perkhidmatan Britain meningkat sebanyak 1.1% pada suku kedua, pertumbuhan terpantas sejak suku ketiga 2011 Pembinaan telah disemak semula dengan mendadak menunjukkan kenaikkan 0.7%, berbanding dengan anggaran sebelumnya tiada pertumbuhan. Ia mencadangkan pemulihan adalah lebih kukuh daripada yang dijangkakan musim bunga ini, dan ertinya UK adalah 3.2% lebih tinggi daripada tahun yang lalu.

Dolar AS masih berlegar di puncak empat tahun berbanding sekumpulan mata wang utama dan keuntungan sebanyak 3.5 peratus setakat bulan ini adalah yang terbesar sejak Februari 2013 dan dalam tempoh enam tahun, dikira berdasarkan setiap suku tahun. Walaupun data adalah bagus untuk GBP, tetapi kekuatan US Dollar index masih mengawal pergerakan yang dominan.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat