GBPUSD Analisa Fundamental Harian 17 Sep 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-005

Pound Dollar melonjak naik lebih 195 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.5530 sebelum menutup sekitar paras 1.5490; setelah data sektor pekerjaan UK dilaporkan lebih baik dari jangkaan dengan pendapatan yang semakin meningkat dan kadar pengangguran yang menunjukkan penurunan. Ini mungkin mencetuskan kenaikan kadar dari Bank of England.

Kadar pengangguran di UK jatuh kepada 5.5% pada bulan Julai, turun daripada 5.6% pada bulan Jun. Jumlah pekerjaan meningkat 42 ribu berbanding suku sebelumnya, dan ianya jauh lebih tinggi daripada jangkaan ahli ekonomi sebanyak 18 ribu. Walaupun pasaran telah mengambil pandangan baru yang optimis dari Paul Hollingsworth, ahli ekonomi di Capital Economics UK itu berkata, beliau tidak fikir berita baik ini menunjukkan majlis MPC BoE akan menaikkan kadar pada tahun ini.

[adrotate group=”6″]

Beliau berkata: “skop adalah lebih besar untuk pemulihan produktiviti di UK daripada di Amerika Syarikat.  Ini bermakna pertumbuhan dalam kos upah seunit akan kekal sederhana walaupun pertumbuhan upah adalah lebih cepat. Oleh itu, kami masih berfikir bahawa MPC boleh bertahan sehingga sekitar suku kedua tahun depan.”

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat