GBPUSD Analisa Fundamental Harian 2 Jun 2015

34

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-012

Pound Dollar terus merudum lebih 120 pips Isnin semalam, dari paras tertinggi harian sekitar 1.5305 sebelum menutup sekitar paras 1.5200; selepas Manufacturing PMI UK meleset dari jangkaan. Sterling jatuh ke tahap paling rendah sejak pilihan raya umum UK bulan lepas, selepas aktiviti pembuatan British untuk Mei meleset, sekaligus menambah kemungkinan untuk Bank of England mengekalkan “interest rate” yang rendah untuk lebih lama.

Indeks Manufacturing PMI UK meningkat kepada 52.0 pada Mei dari kemaskini lebih rendah 51.8 pada bulan April, tetapi itu adalah lebih rendah daripada peningkatan kepada 52.5 yang diramalkan oleh penganalisis dalam satu tinjauan Reuters.  Pada masa yang sama, Dollar AS telah memulakan minggu baru di landasan yang kukuh. Ia kekal, walaupun, sebahagian besarnya dalam julat yang dilihat pada separuh kedua minggu lepas.

Hari ini UK bakal melaporkan data “construction PMI” yang dijangka bertambah baik dari 54.2 kepada 55.1, walaupun data pinjaman bersih kepada individu dijangka mengurang dari £3.1 bilion kepada £2.3 bilion.  Malam nanti Amerika Syarikat pula bakal melaporkan data bulanan “factory orders” yang dijangka sifar berbanding 2.1% pada sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat