GBPUSD Analisa Fundamental Harian 21 Jan 2015

61

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-014

Pound Dollar yang jatuh ke sekitar 1.5055 pada awal sesi Asia Selasa semalam, memacu naik lebih 140 mata untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.5200, sebelum menutup sekitar 1.5140; sekaligus membentuk “bullish doji candle” di carta harian.  Kadar tukaran nilai GBP|USD yang telah berada dalam fasa “downtrend” sejak 6 bulan lalu pada ketiga-tiga carta harian, mingguan dan bulanan; dilihat akan terus begitu melainkan resistance sekitar 1.5280 diatasi pada carta harian.

United Kingdom yang mula terkesan dengan kemelut ekonomi Kesatuan Eropah, melaporkan GDP yang mula menguncup tempoh hari, apabila rakan dagang terbesarnya Jerman, mula menunjukkan tanda-tanda kemelesetan aktiviti ekonominya.  Keadaan tersebut sudah semestinya mematikan sebarang spekulasi kenaikan “interest rate” pada tahun 2015 ini.

Hari ini UK bakal melaporkan minit mesyuarat MPC, undian terhadap “interest rate” dan juga kadar pengangguran.  Tiada sebarang perubahan dijangka pada pecahan undian dan polisi kewangan BoE, walaupun pengangguran dijangka mengurang dari 6.0% kepada 5.9%  Pada masa yang sama, Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “building permits”, yang dijangka meningkat dari 1.03 juta kepada 1.06 juta.  Pasaran dilihat lebih cenderong kepada strategi “sell-on-rally”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat