GBPUSD Analisa Fundamental Harian 25 Feb 2015

34

Carney and UK Bank of England

Pound Dollar dilihat berada dalam dagangan tipis dan “ranging” Selasa semalam, dengan paras tertinggi harian sekitar 1.5475 dan terendah sekitar 1.5400; selepas tiada sebarang data ekonomi dilaporkan dari United Kingdom dan kenyataan presiden Federal Reserve AS yang sedikit mengecewakan.  Kenyataan Janet Yellen Selasa semalam yang mengatakan Federal Reserve akan menunggu dalam beberapa mesyuarat lagi sebelum kenaikan “interest rate”, menyebabkan Dollar mula hilang tarikan.

Di United Kingdom pula, Gabenor Bank of England dalam mesyuarat terbaru tidak menyatakan kenaikan “interest rate”, sebaliknya mengatakan majlis MPC BoE perlu melihat melangkaui kejatuhan inflasi; dan mula memikirkan strategi untuk menaikkannya kembali mencapai sasaran 2%.  Majlis MPC Bank of Englad telah berbelah bagi dalam menetapkan kenaikan “interest rate”.

Sealiran dengan Gabenor Carney, En Matin Weale juga mengatakan “interest rate” perlu dinaikkan lebih cepat dari jangkaan pasaran; sedangkan En David Miles pula menyatakan, dengan keadaan ekonomi semasa tiada sebab untuk menaikkan “interest rate”.  Hari ini Gabenor BoE Mark Carney dan Presiden Feds Janet Yellen, akan meneruskan ucapan dan kenyataan mereka.  Pasaran dijangka terus ‘ranging’ melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat