GBPUSD Analisa Fundamental Harian 28 April 2016

34

Pound Dollar susut lebih 140 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4473 sebelum memacu semula untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $1.4542; setelah pasaran memberikan reaksi kepada laporan GDP UK yang menepati jangkaan dan bersedia menjelang mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi.

Di pasaran UK, Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) dilaporkan turun daripada 0.6% pada suku keempat 2015 kepada 0.4% pada suku pertama 2016, menepati jangkaan pasaran. Ekonomi Britain perlahan dengan ketara dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2016, terkesan dari faktor-faktor yang berkaitan dengan referendum EU meletakkan bebanan pada pertumbuhan ekonomi.

[adrotate group=”6″]

Walaubagaimanapun, Pejabat Statistik Kebangsaan UK (ONS) berkata tidak ada sebarang bukti terhadap “kesan Brexit” pada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). Keputusan kerajaan untuk mengadakan referendum tidak diambil sehingga akhir bulan Februari, dan kumpulan perniagaan menamakan kesan perdagangan global yang lebih lemah dan pergolakan di pasaran kewangan sebagai penjelasan yang lebih munasabah terhadap kelemahan pertumbuhan ekonomi tersebut.

Dalam pada itu, di pasaran Amerika Syarikat awal pagi tadi, Federal Open Market Committee (FOMC) dalam mesyuarat awal pagi tadi, mengekalkan kadar tidak berubah dalam julat 0.25% – 0.5% selepas kenaikan kali pertama dalam satu dekad pada Disember tahun lalu.  FOMC juga dilihat mengeluarkan kebimbangan terhadap kegawatan ekonomi global dari kenyataannya, dan menekankan bahawa kenaikan kadar seterusnya akan bergantung kepada prestasi ekonomi semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat