GBPUSD Analisa Fundamental Harian 30 Apr 2015

45

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-004

Pound Dollar terus memacu naik lebih 160 pips Rabu semalam, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.5490 sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan, pada paras 1.5435; selepas spekulasi pasaran tentang kenaikan “interest rate” AS pada Jun ini bakal punah dengan mensyuarat FOMC yang membosankan apabila GDP AS diumumkan pada kadar yang begitu mengecewakan pasaran.

Pada masa yang sama, pasaran terus membeli Pound apabila Bank of England tidak menafikan kenaikan “interest rate” boleh berlaku lebih awal dari yang dijangka pasaran, selepas angka HPI UK yang boleh mendorong Bank of England menaikkan “interest rate” untuk mengawal harga rumah. Pertumbuhan harga rumah UK meningkat pada kadar tahunan sebanyak 5.2% pada April, peningkatan kecil daripada angka Mac sebanyak 5.1%. Ini meletakkan kos purata sebuah rumah di UK pada £193,048 – yang tertinggi dalam rekod.

Pound menurun berbanding mata wang lain selepas data menunjukkan ekonomi UK meleset pada suku pertama tahun 2015. Angka daripada Pejabat Statistik Kebangsaan UK menunjukkan GDP UK berkembang sebanyak 0.3% dalam tempoh tiga bulan pertama tahun 2015. Ini adalah lebih rendah daripada pertumbuhan 0.6% yang dilihat pada suku sebelumnya dan lebih rendah daripada pertumbuhan 0.5% yang diramalkan oleh ahli ekonomi.  Walau bagaimanapun, ia masih lebih kukuh berbanding Dollar AS.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat