GBPUSD Analisa Fundamental Harian 6 Jan 2015

24

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-006Pound Dollar yang dibuka dengan “gap down” Isnin semalam, terus merudum lebih 100 mata untuk membuat paras terendah harian sekitar 1.5167, selepas “construction PMI” UK keluar jauh meleset dari jangkaan, 57.6 berbanding 59.0  Pengurangan aktiviti pembinaan ini menunjukkan penguncupan ekonomi yang ketara terkesan dari krisis di Euro-Zone.  Para pekilang yang dibanci juga, menunjukkan kerisauan terhadap kelemahan ekonomi yang semakin ketara, apabila 6 dari 10 yang dibanci mengatakan mereka risau dengan krisis politik pada 2015.

Antara bank pusat yang akan diberikan perhatian pada awal 2015, adalah Bank of England (BoE) dan Federal Reserve AS (Feds), dengan BoE dijangka mengekalkan “interest rate” dan minit mesyuarat FOMC Feds untuk December lalu bakal menjadi perhatian.  Walaupun BoE tidak akan megubah “interest rate” dan “asset purchase target”, tetapi butiran seperti pembahagian undi, bakal diperhatikan dengan teliti pada minit mesyuarat yang dikeluarkan 2 minggu selepas mesyuarat 8hb Januari ini.

Pada masa yang sama, kenyataan Federal Reserve AS pada mesyuarat 16-17 December lalu, menunjukkan keyakinan yang bertambah terhadap pemulihan ekonomi dan inflasi.  Dollar yang jatuh seminggu sebelum itu, terus melonjak naik apabila Feds menegaskan bakal menaikkan “interest rate” seawal April 2015.

Hari ini kedua-dua negara bakal melaporkan “service PMI” mereka, dengan UK dijangka meleset dari 58.6 kepada 58.5 dan AS dijangka meleset dari 59.3 kepada 58.5 yang dilihat bakal menjana sedikit permintaan untuk Pound terutamanya dengan sentimen NFP Amerika Syarikat yang sedikit “bearish”.

Rebut peluang untuk dapatkan akaun trade forex tanpa rugi selama setahun dari One Financial Markets, Broker Regulated UK dari London – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat