GBPUSD Analisa Fundamental Harian 8 Jan 2016

58

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-006

Pound Dollar yang merudum lebih 100 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Khamis semalam, hingga mencapai paras terendah harian sekitar $1.4530, sebelum memacu naik semula lebih 85 pips untuk menutup sekitar paras $1.4615; setelah Dollar AS sedikit lemah dan para trader memberikan reaksi kepada kenaikan indeks harga rumah UK yang dilaporkan jauh lebih baik dari jangkaan. “Pound telah lemah kerana jangkaan kenaikan kadar oleh Bank of England dalam masa terdekat telah pudar dan pasaran telah mengalih fokus kepada referendum keahlian UK dalam EU,” menurut Howard Archer, Ketua Ekonomi di IHS.

Sterling juga telah terperangkap dalam kegawatan pasaran global sekali lagi, yang berpunca dari China, yang telah membawa kepada kejatuhan pasaran saham global termasuk FTSE. Dollar AS cenderung untuk mengukuh semasa selera pengambilan risiko yang lebih rendah, apabila para pelabur membida aset ‘safe-haven’. “Jangkaan kenaikan kadar UK telah ditolak ke belakang oleh data ekonomi yang bercampur-campur baru-baru ini, dimana pendapatan syarikat UK jatuh, inflasi dijangka kekal rendah untuk lebih lama, disebabkan oleh harga minyak yang jatuh ke paras terendah yang baru.” tambah Howard lagi.

[adrotate group=”6″]

Hari ini United Kingdom bakal melaporkan defisit dagangan yang berkurang dari $11.8 bilion kepada $10.5 bilion, dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan data NFP yang dijangka menurun daripada 211 ribu kepada 203 ribu pekerja serta kadar pengangguran yang dijangka kekal pada 5% pada bulan Disember lepas.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat