Nilai Sterling (GBP pound) pagi ini jatuh pada paras terendah sejak November lalu menyebabkan ‘gap’ pada carta GBPUSD sehingga 150pip setelah undian pendapat yang dijalankan oleh yougov.co.uk mengundi untuk Scotland keluar dari pemerintahan Britain yang dijadualkan berlangsung pada 18 September 2014. 47% mengundi untuk kemerdekaan Scotland, 45% mengundi untuk kekal manakala 7% berkecuali. Negara Scotland telah berada di bawah kesatuan Britain sejak 307 tahun yang lalu.
Undian “YA” akan meningkatkan prospek pendekatan lebih berhati-hati dari Bank Of England,di mana bulan ini telah mengekalkan kadar faedah utama pada kadar yang rendah selepas kelemahan berterusan dalam inflasi dan keboleupayaan mengekalkan rangsangan kecemasan.
“Ini menunjukkan bahawa,walaupun Scotland mengundi untuk mengatakan ‘TIDAK’ pada minggu hadapan,isu ini tidak akan hilang” kata Sam Tuck pakar strategi mata wang kanan di ANZ Bank New Zealand Ltd di Auckland.Matawang Sterling kini berada dalam keadaan tertekan bilamana majoriti mengundi ÝA’ serta banyak persoalan yang tidak dapat diselesaikan yang dijangka akan menyebabkan pelaburan dalam perniagaan terhenti.