Gbp/Usd Jatuh Hampir 100 Pip Bermula Pukul 5 Petang Tadi

55

British Pound melemah sebentar tadi pada Selasa dengan Gbp/usd telah menembusi paras ‘key resistance‘ di 1.2500. Gbp/Usd mencatatkan kejatuhan hampir 100 pip sejak pukul 5 petang tadi waktu Malaysia. Gbp/Jpy pula jatuh sebanyak 115 pip.

Pasangan matawang Gbp/Usd dilihat terus membuat ‘correction‘ (pembetulan harga) ke bawah selepas data UK yang dikeluarkan sebentar tadi. Jumlah pinjaman kepada individu (Net Lending to Individuals) jatuh kepada 4.8 billion Pound pada Disember dari 5.1 billion sebelum itu.

Data menunjukkan pengesahan pinjaman meningkat kurang dari jangkaan 67,900 pada bulan lepas dan penawaran wang  juga telah menyusut 0.5% pada tempoh sama.

Gbp/Usd ketika ini telah menembusi paras 1.2500 dan sedang menguji paras 1.2400. Data hari ini dilihat meningkatkan lagi kebimbangan terhadap Brexit, yang memberi kesan kepada penyusutan data sebentar tadi. Institusi perbankan mungkin telah mengambil langkah-langkah mengurangkan risiko dalam pemberian pinjaman kepada pelanggan mereka di UK.

Sebelum ini Theresa May berjanji dalam ucapan Brexit beliau untuk memeterai perjanjian perdagangan bebas bersama Kesatuan Eropah, tetapi ditentang oleh ahli-ahli lain kerana ia melanggar peraturan EU. Kini, pihak kerajaan akan menunggu undian Parlimen seperti yang telah diarahkan oleh mahkamah tinggi dan dijangka pihak Kerajaan UK akan mendapat sokongan untuk meneruskan proses Brexit.

Berikutan kesukaran pemeteraian perjanjian perdagangan bebas bersama EU, UK kini sedang berusaha untuk menjalin hubungan perdagangan yang lebih erat bersama US. May minggu lalu telah berjumpa dengan Presiden Trump dan semua kelihatan baik, tetapi belum ada maklumat lanjut bagi perjanjian perdagangan bebas ini dan UK hanya boleh memeterai perjanjian selepas keluar dari Kesatuan Eropah dua tahun lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat