GDP Suku Pertama Amerika Dikaji Semula Ke Paras lebih Tinggi 1.4%

33

Bacaan terakhir pertumbuhan ekonomi (GDP) Amerika Syarikat pada suku pertama adalah 1.4% dalam tempoh setahun berbanding bacaan sebelum ini 1.2% dan juga jangkaan 1.2%.

Terdapat kajian semula terhadap bacaan perbelanjaan penggunaan peribadi (Personal Consumption Expenditure, PCE) yang dinaikkan kepada 1.1% dari 0.6%, tetapi pertumbuhan pelaburan diturunkan pada tempoh sama.

Anggaran eksport bersih dikaji semula lebIh tinggi dan perbelanjaan kerajaan dianggar menurun kepada kadar lebih perlahan.

Jualan akhir keseluruhan dinaikkan kepada 2.6% dari 2.2%, manakala inventori menyumbang kemerosotan kepada GDP.

Indeks harga GDP pada suku pertama dikaji semula kepada 1.9% berbanding 2.2% yang direkod sebelum ini, manakala indeks harga PCE naik 2.0% tidak berubah dari anggaran sebelum ini.

Data yang dikeluarkan sebentar tadi dijangka tidak banyak memberi kesan kepada Federal Reserve, khususnya dari segi pertumbuhan dengan perbelanjaan pengguna menunjukkan bacaan yang perlahan hanyalah sementara.

Bacaan yang lemah bagi kenaikan harga pula akan memberi sedikit kebimbangan terhadap trend inflasi.

Reaksi pasaran adalah terhad selepas data ini dikeluarkan dengan pasaran masih bergerak tenang kecuali pasangan matawang Aud/Usd dan Nzd/Usd yang melemah sebentar tadi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat