Gempa Bumi: Harga Produk Tenusu New Zealand Masih Kukuh

100

Data terbaru Indeks harga Global Dairy Trade (GDT price index) merekodkan 4.50% peningkatan berbanding 11.40% data sebelum ini. Harga keseluruhan susu tepung (Whole Milk Powder) naik 3.20%.

Data ini adalah sama seperti data consumer price index (CPI). Perbezaannya ialah Indeks GDT hanya mengira perubahan harga produk-produk tenusu.

Peningkatan ini adalah kenaikan ketiga dan merupakan paras tertinggi sejak 28 bulan lepas. Negara ini banyak bergantung kepada eksport produk tenusu dalam perdagangan antarabangsa yang mencatatkan 19% daripada keseluruhan eksportnya.

Untuk rekod New Zealand adalah pengeluar kelapan terbesar produk tenusu dunia. Disebabkan kebergantungan yang agak tinggi dalam produk tenusu, sebarang berita-berita negatif yang melibatkan pengeluaran produk tenusu akan memberi kesan kepada ekonomi New Zealand.

Gempa bumi baru-baru ini yang berlaku di New Zealand menjadi fokus utama dalam jangka masa pendek ini dan mungkin akan memberi kesan kepada sektor tenusu disebabkan kesukaran penghantaran produk. Pun begitu, tiada kerosakan dilaporkan di kilang Fonterra.

Pengeluaran di New Zealand dilihat akan berkurangan berikutan cuaca yang tidak baik dan musim luruh yang semakin dekat.

Secara keseluruhan penawaran (supply) global secara relatifnya adalah lemah yang akan mendorong kenaikan harga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat