Gempak! Wirex Umum Kad Kripto Multi-Currency!

269

Wirex merupakan platform matawang kripto pertama yang diberikan keahlian utama Mastercard akan mengeluarkan kad pelbagai matawang baharu atau lebih dikenali sebagai multi-currency crypto card.

Untuk pengetahuan semua, Wirex adalah pemproses pembayaran crypto yang berpusat di London dan dikawal selia oleh Financial Conduct Authority di UK, serta memperolehi lesen untuk mengeluarkan kad kripro di Eropah.

Selain itu, kad multi-currency tersebut akan disokong oleh Mastercard dan dihubungkan dengan 19 akaun mata wang kripto dan fiat dalam aplikasi Wirex. Namun, tarikh pelancaran rasmi belum diumumkan.

Dalam usaha untuk mendorong penggunaan matawang kripto untuk pembayaran harian, syarikat itu juga akan meningkatkan program ganjaran “Cryptoback” yang sedia ada, hingga kini telah memberikan ganjaran kepada pengguna hingga 1.5% dalam Bitcoin (BTC) untuk setiap transaksi di kedai.

Seterusnya, ganjaran tersebut akan dinaikkan sehingga 2% dalam talian dan di kedai, dengan ganjaran hingga 6% berdasarkan baki Wirex Token asli pelanggan setiap tahun.

Tambahan daripada itu, menjelang penawaran Mastercard, Wirex turut melancarkan beberapa ciri baharu yang lain, termasuk menjalinkan kerjasama dengan syarikat pembayaran LHV.

Contohnya, di European Economic Area, ciri-ciri baharu yang diperkenalkan merangkumi sokongan untuk 5 mata wang baharu iaitu Coruna Kuna, koruna Czech, złoty Poland, leu Romania dan forint Hungaria.

Menurut CEO Wirex, pada awal tahun ini, platform berkenaan telah merekodkan lebih dari 3 juta pengguna aktif.

Di samping itu, perkhidmatan Wirex membolehkan pengguna di 130 negara menghabiskan matawang kripto dan mata wang fiat mereka dengan menggunakan kad Visa dan aplikasi mudah alih khusus yang sedia ada.

Berikutan dengan kerjasama 2 dunia berbeza iaitu kad dan kripto, membolehkan kedua-dua firma untuk menjalinkan hubungan kerja dengan firma cryptocurrency yang terkemuka.

Kad Coinbase adalah kad crypto fizikal pertama yang dikeluarkan di pasaran Amerika Syarikat dan menyokong rangkaian pembayaran Visa dan Mastercard.

Sementara itu, Mastercard tahun ini secara aktif mencari pusat penukaran kripto dan penyedia perkhidmatan pembayaran untuk mendaftar dalam program kad matawang kripto yang baru dibangunkan. Hali ini demikian kerana matawang digital merupakan konsep yang mendapat daya tarikan luar biasa dalam bidang teknologi kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat